
APA kunci sebuah rumah tangga yang rukun bahagia? Jawapannya ialah kesabaran dan kasih sayang yang disemai bukan seorang malah oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri tersebut.
Namun dalam suasana dunia hari ini di mana pasangan suami isteri sibuk mencari rezeki, cenderung mengabaikan elemen tersebut.
Bagi Pengarah Eksekutif SNB Kasih Training & Consultancy yang juga penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, penyelesaiannya mudah sahaja iaitu membina komunikasi yang baik antara suami dan isteri.
"Maknanya di sini mendengar apa yang hendak dikatakan pasangan, berbincang bersama dan ketawa bersama.
"Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.
"Ramai pasangan suami isteri beranggapan bahawa mereka juga tahu segala-galanya tentang suami atau isteri tetapi sebenarnya mereka itu telah menjadi orang yang begitu asing antara satu sama lain," jelasnya pada majlis pelancaran dokumentari Semarak Kasih Seharum Cinta anjungan Johnson Baby baru-baru ini.
Hadir bersama Wan Akashah Wan Abdul Hamid, Siti Nor Bahyah sempat menekankan kebaikan meluangkan masa bersama suami isteri tanpa sebarang gangguan.
"Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," tegasnya.
Sementara itu dokumentari televisyen empat episod, Semarak Kasih, Seharum Cinta diperkenalkan bertujuan membantu pasangan suami isteri menyemarakkan kembali kasih sayang dalam rumah tangga mereka.
Rancangan tersebut bakal ditayangkan mengungkap kehidupan bahagia empat pasangan selebriti tempatan.
Antara yang terlibat ialah Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady; Sharifah Shahirah dan Ijoy; Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Susan Menon dan Mustapha Kamal.
Setiap episod Semarak Kasih, Seharum Cinta akan mendedahkan kreativiti serta usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayang dan memupuk cinta walau telah lama mendirikan rumah tangga dan sibuk dengan anak-anak.
Menerusi rancangan ini Johnson berharap agar penonton mendapat inspirasi berusaha mengukuhkan kekuatan rumah tangga mereka.
Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia, Joyce Lee berkata, perkahwinan yang bahagia ialah perkahwinan yang dibajai dengan kasih sayang dan usaha untuk mengekalkannya.
"Walaupun mereka selebriti, pasangan yang kami tonjolkan dalam rancangan itu adalah sama seperti anda dan saya.
"Mereka akan berkongsi tentang cara mereka menguruskan rumah tangga dan komitmen kerja mereka. Rancangan ini memaparkan juga cara memupuk kreativiti, usaha dan pertimbangan antara pasangan suami isteri," ujar Lee lagi.
Bercakap dalam sesi temu bual semasa pelancaran dokumentari tersebut, Sari Yanti percaya bahawa perasaan kagum seorang suami terhadap isteri adalah amat penting dalam sesebuah perkahwinan.
"Bagi memastikan suami terus menghargai isteri, si isteri haruslah berusaha untuk mengekalkan daya tarikannya. Salah satu rahsia saya ialah menggunakan mandian susu Johnson Baby. Ia melembut dan melicinkan kulit dengan khasiat protein susu yang melembut kulit saya seperti kulit bayi.
"Selepas mandi saya selalu berasa cantik dan wangi seperti bayi. Sejak akhir-akhir ini kami sering berdakapan," kata Sari Yanti sambil tersenyum.
Bagi mengikuti dengan lebih lanjut lagi perbincangan tentang rumah tangga pasangan selebriti ini jangan ketinggalan menonton dokumentari Semarak Kasih, Seharum Cinta di TV3 setiap hari Selasa dari pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang bermula 4 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: