MERAWAT dan menyegarkan badan dianggap satu keperluan kepada khalayak masyarakat untuk menampilkan diri lebih menawan, sihat fizikal dan mental serta memelihara kesihatan.
Meskipun arus zaman semakin moden, rawatan secara tradisonal tetap menjadi pilihan kebanyakan masyarakat.
Menyedari hakikat itu, seorang usahawan, Salwa Mohd. Saad, 31, memperkenalkan produk mandian berasaskan herba tempatan yang sesuai digunakan oleh semua lapisan usia tidak kira lelaki atau wanita yang dikomersialkan sejak setahun lalu.
Produk keluaran Chantiq Manees Trading yang menggunakan tema 'Kerana kecantikan adalah kemanisan hidup' mempunyai kelebihan tersendiri kerana penghasilannya berasaskan kepada bahan-bahan tradisonal yang diwarisi turun temurun.
Ia didatangkan khas dalam bentuk bunjut yang boleh direbus dan digunakan sebagai mandian.
Salwa yang merupakan pengasas produk berkenaan memberitahu, Mandian Herba Chantiq Manees mengandungi tujuh jenis daun herba yang kini sukar didapati seperti daun capar dan serai wangi.
Katanya, produk tersebut turut menggabungkan garam kristal yang dikatakan mampu memulihkan pelbagai penyakit selain menjadi bahan kecantikan alternatif pada masa ini.
“Herba mandian ini dibungkus dalam bungkusan yang lebih moden supaya mudah disimpan dan digunakan. Setiap uncang bunjut boleh digunakan lebih daripada sekali sehingga pati, warna atau aromanya hilang.
“Ia amat sesuai sebagai mandian wanita lepas bersalin semasa dalam pantang. Ia juga sesuai digunakan dengan menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna), bertangas dan rendaman kaki,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Hutan Kampung di Alor Setar baru-baru ini.
Menurut Salwa, bagi wanita lepas bersalin, penggunaan produk keluaran Chantiq Manees dapat mengembalikan kesegaran dan mengurangkan sengal sendi dan saraf.
Selain itu, katanya, produk tersebut menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
Katanya, ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan selain aroma terapi untuk menghilangkan tekanan serta mengurangkan berat badan.
“Penggunaannya mudah iaitu satu uncang bunjut herba perlu direbus sehingga 15 minit dan apabila selesai, ia perlu dibiarkan suam sebelum digunakan,” katanya.
Salwa memberitahu, Mandian Herba Chantiq Manees kini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai bagi kegunaan seharian dan kalangan ibu dalam pantang bersalin.
Katanya, sejak mula dipasarkan setahun lalu, jumlah jualan kini mencecah 5,000 kotak sebulan. Pihaknya mensasarkan ia akan meningkat kepada 10,000 kotak menjelang awal tahun depan.
Menurutnya, produk mandian herba itu dijual pada harga RM17.90 sekotak dan mereka yang berminat menjadi pengedar serta stokis dialu-alukan.
Salwa memberitahu, Chantiq Manees Trading turut memperkenalkan sarung tungku herba yang dicipta khas bagi memudahkan ibu-ibu bertungku secara tradisional.
Produk tersebut sesuai untuk mereka yang mengalami lenguh badan, sakit pinggang atau wanita yang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh menawan.
Katanya, sarung herba berkenaan dijahit bersama-sama ramuan herba dijual pada harga RM199.90.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran produk syarikat itu boleh menghubungi Salwa di talian 019-4984774 atau mereka yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh menghubungi pengedar utama di talian 019-2386136 (Azrul) atau melayari www.chantiqmanees.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: