Monday, October 10, 2011

Projek Vale Teluk Rubiah patuh EIA


DR. ZAMBRY (dua kanan) bersama jemputan mengunjungi tapak projek pusat pengedaran bijih besi Vale selepas upacara pecah tanah di Teluk Rubiah, Perak semalam.


SERI MANJUNG – Vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia, telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan menjejaskan alam sekitar memandangkan syarikat tersebut akan mematuhi prosedur Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang ketat.

“Mereka (Vale) menyedari sepenuhnya syarat itu. Saya telah berulang kali memaklumkan kepada mereka bahawa kerajaan negeri tidak akan bertoleransi (terhadap sebarang kesan negatif ke atas alam sekitar). Dasar itu jelas,” katanya pada sidang akhbar selepas upacara pecah tanah Pusat Pengedaran Bijih Besi Vale di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: