
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKS Malaysia boleh menggunakan sistem ini untuk meluaskan produk dan perkhidmatan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada kos pendaftaran dan penyelenggaraan yang rendah.
“Pengharmonian syarat rasmi dan struktur yuran yang disediakan oleh sistem Madrid mengurangkan yuran pendaftaran antarabangsa, sekali gus menggalakkan lebih ramai pemilik cap dagang tempatan di Malaysia dan luar negara untuk mendaftar,” katanya.
Sistem Madrid menawarkan perlindungan cap dagang menerusi permohonan tunggal dengan Biro Antarabangsa (pejabat negara) dalam satu bahasa (Bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol) menerusi satu set yuran.
Ismail Sabri berkata, Malaysia berusaha memenuhi protokol itu menjelang 2013.
“Kementerian kini dalam proses meminda pelbagai perundangan IP seperti Akta Paten dan Akta Reka Bentuk Perusahaan, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2012, manakala pindaan Akta Hak Cipta diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya pada pelancaran Seminar Kebangsaan Mengeri Protokol Madrid di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: