PETALING JAYA: Pihak penganjur konsert Elton John Greatest Hits Tour, Tune Live enggan memberikan sebarang komen mengenai bantahan yang dibuat oleh pihak Dewan Pemuda Pas Pahang (DPPP) terhadap konsert itu yang dijadualkan berlangsung pada 22 November depan.
Bagaimanapun, mStar Online difahamkan bahawa konsert tersebut tetap akan diteruskan walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pihak Pas.
Terdahulu, DPPP membantah penganjuran konsert itu yang dijadualkan akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya, Shahril Azman Halim Al-Hafiz berkata, walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
Pada konsert itu nanti, Elton bakal beraksi bersama-sama kumpulan kugiran yang telah lama bersamanya selain diiringi empat penyanyi latar termasuk Rose Stone (Sly And The Family Stone) selain Lisa Stone, Tata Vega dan Jean Witherspoon.
Konsert tersebut dijangka menyaksikan Elton mempersembahkan semua lagu-lagu terbaiknya khusus buat peminat di Malaysia seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon, dan Your Son.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: