
R. MARIYA menunjukkan notis pemotongan bekalan air di Pangsapuri Impian Baiduri, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Lebih 1,433 keluarga pelbagai kaum termasuk 500 keluarga berketurunan India yang menetap di Pangsapuri Impian Baiduri di Jalan 224 di sini bakal berdepan dengan masalah bekalan air.
Ia berikutan satu notis daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang mahu memotong bekalan air di pangsapuri tersebut berikutan kegagalan pemaju menjelaskan tunggakan bil berjumlah RM350,000.
Notis Syabas itu lebih membimbangkan masyarakat India di pangsapuri tersebut kerana ia mungkin menjejaskan persiapan mereka untuk menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.
Ketua MIC Cawangan Impian Baiduri, Jayagobi Doraisamy berkata, pada mulanya Syabas mahu memotong bekalan air tersebut pada 15 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: