
BANGI - Seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 menerima Geran Akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM32 juta bagi tempoh empat tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pemberian geran tersebut buat kali kedua pada tahun ini merupakan bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang pada peperiksaan SPM tahun lalu untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara di peringkat ijazah pertama.
Katanya, mereka adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada 300 pelajar Bumiputera, 150 pelajar Cina dan 150 pelajar India.
"Majlis ini adalah satu daripada beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam usaha untuk mengurangkan bebanan daripada segi kos kehidupan mereka," katanya selepas menyampaikan surat tawaran geran tersebut di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: