Saturday, October 15, 2011

Panglima TNI pertahan Malaysia




JAKARTA – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono (gambar) memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat yang diambil oleh Malaysia.

Katanya, para anggota TNI mengawal wilayah perbatasan di Kalimantan Barat sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia dan kesemua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

“Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya,” kata beliau pada satu sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I DPR di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: