
Menetap di Kampung Bukit Sungai Putih, ada saja orang keluar masuk dari rumahnya dan tak ubah seperti, Rumah Kebajikan Masyarakat. Cuma bezanya tidak ada papan tanda tertera.
Penulis percaya, pada zaman sekarang, tak ramai yang sanggup membenarkan hal itu, apatah lagi orang tidak dikenali keluar masuk dari rumah sendiri.
Namun berbeza bagi pelantun Cinta Dangdut ini kerana itulah caranya berbakti sesama manusia.
"Saya tidak pernah halang orang mahu tinggal di rumah saya kerana mereka memang memerlukan pertolongan dan ia tidak menjadi bebanan buat saya dan keluarga. Saya rasa seronok kalau ramai orang di rumah kerana dari sinilah kita boleh mengenali antara satu sama lain. Begitu juga dengan suami.
"Semua yang datang sini, ada masalah masing-masing. Rata-ratanya hilang tempat tinggal dan mahu tinggal sementara di sini. Ada juga yang dah seronok dan lama di sini. Saya pun tidak menghalang, yang penting jangan buat masalah.
“Jiran-jiran pun dah biasa tengok orang keluar masuk dari rumah kami sehingga ada mengusik saya supaya, letakkan papan tanda ‘Rumah Kebajikan Masyarakat’ di depan rumah," kata Ayati sambil ketawa kecil.
Menurut Ayati, dia juga tidak berkira soal makan-minum , malah sedia berkongsi apa yang ada bersama mereka.
"Itu pun saya tak kisah. Apa yang kami makan dan minum, mereka juga sama. Ada juga yang turut sama menyumbang makanan dengan membeli keperluan dan barangan harian. Saya tak pernah minta. Cukuplah saya gembira melihat mereka ada tempat berteduh," katanya yang turut menyeru orang ramai agar prihatin dengan golongan tidak bernasib baik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: