Tuesday, October 11, 2011

Oat ganti nasi lemak


Chua Yew Han (depan kiri) dan Normala Nordin (depan dua dari kiri) bersama para pemenang lain pada penyampaian hadiah Cabaran Janung Bijak Quaker.


SAYA tak boleh tinggal nasi lemak untuk sarapan, sebelum tidur pula saya pasti makan makanan ringan," jujur akui Chua Yew Han tentang amalan pemakanannya sejak bertahun-tahun lalu.

Tabiat pemakanannya itu akhirnya menjerat diri apabila doktor mengesahkan tahap kolesterolnya agak tinggi dan boleh membahayakan kesihatan.

Daripada situ dia mengambil keputusan menyahut cabaran jantung sihat Quaker dengan mengambil dua mangkuk bijirin oat Quaker setiap hari.

Langkah itu membuatkan Yew Han berjaya menurunkan paras kolesterolnya kepada 21.8 peratus sekaligus menjadikan beliau salah seorang pemenang utama Cabaran Jantung Bijak Quaker 2011.

Menurut Yew Han, garis panduan untuk menyahut cabaran ini amat mudah, di mana dia hanya perlu mengambil 70 gram bijirin oat setiap hari selama 30 hari dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Minggu pertama cabaran memang amat getir, bayangkan saya tidak mengambil nasi lemak langsung dan hanya makan dua mangkuk oat Quaker sebagai ganti.

"Apapun saya berpuas hati kerana berjaya menyahut cabaran ini sekali gus menjadikan saya kini lebih sihat,"katanya pada majlis penyampaian hadiah Cabaran Jantung Bijak Quaker 2011, di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu pemenang utama, Normala Nordin berjaya menurunkan paras kolesterolnya sehingga 32.89 peratus.

Dia kini bukan sahaja lebih sihat malah mengakui mendapat begitu banyak manfaat daripada penyertaan cabaran tersebut.

"Cabaran Jantung Bijak Quaker bukan sahaja telah mengubah hidup saya tetapi juga anggota keluarga saya. Kami semua kini mengamalkan gaya hidup sihat dan makan makanan yang sihat," jelas Normala yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

Dalam cabaran tersebut, para peserta dikehendaki mengisi lembaran catatan harian dengan butir-butir pemakanan dan juga aktiviti fizikal mereka sepanjang hari.

Lembaran catatan ini kemudiannya dipantau oleh ahli profesional berkelayakan yang akan memberi maklum balas kepada peserta ini setiap hari.

Ahli profesional ini juga akan membantu mereka merancang diet dan gaya hidup yang lebih sihat untuk jantung mereka.

Usaha cegah sakit jantung

Pengurus Besar PepsiCo (Malaysia), Edwin Africa berkata, seramai 73 peratus dari keseluruhan peserta yang menyertai cabaran ini telah berjaya menurunkan paras kolesterol mereka.

"Kali ini cabaran dilancarkan menerusi laman web membolehkan lebih ramai orang dari seluruh negara untuk turut serta," ujarnya.

Africa mengakui begitu kagum dengan dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan peserta tahun ini.

Katanya, sejak tiga dekad lalu, penyakit berkaitan jantung merupakan penyebab utama kematian di negara ini.

Program Cabaran Jantung Bijak Quaker merupakan salah satu usaha mencegah penularannya dengan cara mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: