Wednesday, October 19, 2011

Nyaris maut ditembak ‘Pak Awang’


MANOHARAN (kanan) menunjukkan gambar ‘Pak Awang’ yang didakwa cuba menembak seorang lelaki di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Tindakan pantas seorang tukang cat yang melarikan diri selepas melihat seorang lelaki mengeluarkan sepucuk pistol berjaya menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa tembakan dalam kejadian di Kampung Cacar, Paka dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang juga warga Indonesia sedang mengecat sebuah rumah sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa berusia 43 tahun telah keluar daripada rumah berkenaan dan bertemu dengan salah seorang daripada suspek yang dikenalinya bagi bertanyakan sesuatu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, seorang daripada suspek itu telah berbincang dengan mangsa sementara rakannya pula menunggu dalam kereta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: