Saturday, October 29, 2011

Nicole mahu anak Hamilton

TAK SEHALUAN...Hamilton dan Nicole hanya sempat berpacaran selama empat tahun.
TAK SEHALUAN...Hamilton dan Nicole hanya sempat berpacaran selama empat tahun.

LONDON: Hubungan cinta Nicole Scherzinger dengan Juara Formula 1 2008, Lewis Hamilton, putus selepas penyanyi kumpulan Pussycat Dolls itu didakwa mahu mereka berkahwin dan memulakan keluarga.

Selepas bosan kerana terpaksa meluangkan banyak masa ke atas Hamilton, Nicole didakwa mahu hubungan mereka ditingkatkan daripada sekadar pasangan kekasih.


Sumber rapat dengan Nicole berkata, penyanyi terbabit bercadang mahukan anak sejak Disember 2008.

Bagaimanapun, desakan itu ditolak Hamilton, 26, dan pemandu kereta Formula 1 daripada pasukan McLaren – Mercedes itu mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka.


Hamilton dilaporkan mengaku kepada rakannya bahawa dia “belum bersedia untuk berkeluarga.” Sumber berkata, Hamilton memutuskan untuk membawa haluan sendiri kerana Nicole, 33, meminta sesuatu yang tidak mampu diberikannya ketika ini.


Pada 2008, Nicole yang pernah menjadi juri program realiti X Factor versi Amerika Syarikat pernah membayangkan keinginannya berkeluarga.

Ketika ditemubual wartawan, Nicole berkata, dia merancang untuk mendapatkan anak bersama Hamilton pada satu hari nanti.


Namun, tindak balas Hamilton ialah dengan menamatkan hubungan mereka yang terjalin sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Hamilton berkata, dia tidak sabar untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarganya.


Menjelang perlumbaan Grand Prix pada hujung minggu ini, Hamilton berkata, situasi semasa memberi cabaran kepadanya selepas hubungan dengan Nicole berakhir.


“Apa yang penting ketika ini ialah, bagaimana anda melaluinya, tetapi dengan keluarga yang sentiasa membantu, saya bersedia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: