AGRESIF...model baru Peugeot 508 tawar pemanduan dinamik.
NASIM Sdn Bhd (Nasim) pengedar kenderaan Peugeot di negara ini akan melancarkan model sedan terbaru Peugeot 508 berkuasa 1.6 Liter sebelum akhir bulan sekali gus melonjakkan jualan kenderaan buatan Perancis itu pada tahun ini.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza dan Ketua Pegawai Eksekutif Nasim, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, kereta itu dilengkapi dengan transmisi automatik enam kelajuan dan dipadankan dengan tombol tukaran gear di stereng (paddle shifters).
“Model ini diimport sepenuhnya dari Perancis dijana dengan enjin turbo caj mesra alam yang mampu menjana 156 kuasa kuda (hp) pada tork 240 Nm dan menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Auto Trophy 2010 di Jerman menewaskan 18 model kereta lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Antara ciri menarik lain pada model 508 itu termasuk lampu siang LED, kerusi saduran kulit, sistem lampu adaptif yang disambungkan kepada lampu utama bi-Xenon dan sistem hi-fi speaker JBL dengan sistem bunyi keliling Arkamys.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: