SERDANG – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan dua orang pemandu teksi warga asing yang tidak menggunakan meter dalam satu operasi khas di sini kelmarin.
Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, kedua-dua mereka ialah warga Pakistan dan India.
“Melalui taktik penyamaran, anggota-anggota SPAD berjaya menahan seorang pemandu teksi warga Pakistan dan seorang lagi berbangsa India.
“Kedua-duanya melakukan kesalahan seperti tidak menggunakan meter, mengenakan caj tambang berlebihan dan melanggan penumpang,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang di sini kelmarin.
Menurut Che Hasni, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang gejala pemandu teksi tidak bermeter di sekitar Serdang.
Beliau berkata, pemandu teksi yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 75 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Bagaimana pula dengan lesen memandu? Adakah warga Pakistan dan lelaki yang berbangsa India itu mememiliki lesen memandu PSV? Setahu saya JPJ hanya mengelaurakan lesen memandu PSV/Teksi kepada warganegara Malaysia sahaja.
ReplyDelete