Belanjawan diharap utama golongan berpendapatan sederhana, rendah
KUALA LUMPUR: Rakyat berharap Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat ini, memberi tumpuan kepada semua lapisan masyarakat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
“Mereka ini penyokong kuat kerajaan dan bersetuju melaksana dasar penswastaan kerajaan suatu masa dulu, jadi saya harap kerajaan tidak melupakan jasa mereka ini yang banyak berkorban, tambahan pula isu ini sudah lama diketengahkan, namun tidak mendapat maklum balas,” katanya.
Eksekutif pemasaran, Kevin Tan Huay Sing, 24, berharap kerajaan mengambil kira beban yang ditanggung lepasan universiti yang masih tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan pada masa sama menanggung hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa dan memperkenalkan gaji minimum bagi lepasan universiti sebanyak RM3,000 sesuai dengan kelayakan akademik dan kos sara hidup yang semakin meningkat ,” katanya.
Kakitangan Awam, Mohamad Rizalman Yusof, 29, berkata golongan majoriti rakyat di negara ini terutama berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian utama terutama membabitkan isu perumahan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar besar.
“Kerajaan perlu memperbanyakkan projek perumahan untuk mereka kerana perumahan untuk golongan ini tidak banyak disediakan berbanding projek perumahan rakyat kos rendah yang menerima banyak bantuan subsidi dari kerajaan,” katanya.
Pemandu teksi, Mohd Masri A Rahman, 38, berharap Perdana Menteri memenuhi kehendak rakyat dengan mengadakan pelaksanaan belanjawan berhemah yang mampu meringankan beban rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan.
“Kesihatan dan pendidikan rakyat perlu diberi tumpuan, selain menunaikan janji yang dibuat sebelum ini terutama selepas pilihan raya umum lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: