ENAM bulan berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, tentunya satu tempoh yang mentah bagi mengenal erti sebagai anak seni.
Tetapi dalam kementahan itu, kumpulan yang menamakan diri mereka MAX 24:7 telah dipalit dengan pelbagai kontroversi dan sekali gus membuatkan nama mereka semakin dikenali.
Di awal penubuhan MAX 24:7 sekitar Mac lalu, mereka dikritik gara-gara jenama kumpulan itu yang meniru nama kumpulan K-Pop dari Korea, 24/7.
Setelah cerita plagiat nama itu mulai suram, satu lagi badai melanda kumpulan yang dianggotai 12 jejaka itu.
Koreografi yang dipersembahkan setiap anggota kumpulan itu dikecam hebat kerana gerak tari mereka yang tidak kemas sehingga diibaratkan seperti melihat persembahan kanak-kanak tadika.
Tidak cukup dengan itu, lantaran anak muda yang menganggotai MAX 24:7 berwajah 'jambu', mereka dilemparkan pula dengan dakwaan bahawa kesemua anggota kumpulan itu adalah jejaka bernafsu songsang.
Lalu, pengasas kumpulan berkenaan, Aesar Mustafa yang turut menerima tempias spekulasi tersebut tampil menjawab segala tohmahan yang dihamburkan kepada anak-anak didiknya itu.
Cerita Aesar, tuduhan itu muncul apabila tersebarnya gambar setiap anggota MAX 24:7 yang mendedahkan badan mereka di Internet.
Namun, Aesar tidak melatah dengan kata-kata negatif itu sebaliknya mengakui, gambar-gambar lama itu diambil ketika satu sesi fotografi untuk koleksi peribadi kumpulan itu.
"Tetapi apakan daya, kalau ada orang nak menjatuhkan kami, pelbagai usaha mereka boleh lakukan.
"Kami hanya mampu berdoa dan berharap agar perbuatan dengki dan khianat orang yang iri hati terhadap MAX 24:7 dibukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dan sama-sama menyokong karier seni kumpulan ini," katanya yang bertindak selaku produser dan komposer terhadap pembikinan lagu kumpulan itu seperti Cinta 24:7, Gadis dan Bunga, Biar Putus Sementara dan Satu Cinta.
Sementelah kontroversi mengenai orientasi seks ahli kumpulan telah dijelaskan oleh Aesar, muncul pula cerita baru yang mengatakan dia telah menyingkirkan seorang anggota MAX 24:7, Alloi atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari, 25.
Hasilnya, Aesar dituduh bersikap kuku besi dan tiada tolak ansur dalam membimbing anggotan kumpulan yang bernaung di bawah Aesar Mustafa Studio itu sehingga membuatkan Alloi disingkirkan.
Jelas Aesar, dia mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan Alloi.
"Sejak kebelakangan ini, dia menghadapi masalah untuk memberikan komitmen sepenuhnya bersama MAX 24:7.
"Walaupun Alloi mempunyai sebab tersendiri, saya mahu berlaku adil terhadap anggota lain yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga reputasi kumpulan mereka.
"Jadi, setelah berbincang, Alloi bersetuju untuk menarik diri. Kini, kekosongan yang ditinggalkannya akan diganti oleh ahli baru yang bakal diumumkan secara rasmi nanti," ujar Aesar.
Katanya, dia juga sudah menemui individu yang sesuai untuk melengkapkan jumlah 12 orang anggota MAX 24:7.
salam, terus terang la sejak munculnya artis ni mmg masa yang sama aku un kesian gak dgn " young musiction" jejaka2 sume ni. Tapi aku sendri un menyampah juga dengan video klip dorg dlm lagu " cinta" yang baru2 ni popular sgt smpai dikatakan KPOP la ape la... tapi apepon.. aku kagum usaha dorang , wlau ditimpa bnyk sgt dugaan2 mcm ni.. 1 je aku hrap dorg tabah la hadapi sume ni.. lgypn hak dorg sbb tau dorg nak apa dan bakat dorg kalaulah mmg da bole menari.. so aku rasa lebih elok dripada xasah langsung .. ( biarpun dikatakan xmatang dan xmasak..) maklumlaa... budak2 dunia seni yang baru la katakan..( peace)
ReplyDelete