Tuesday, October 4, 2011

Lydia Kandau Risau Penyakit Hati Jamal Mirdad

Jamal Mirdad dan Lydia Kandau.

KEADAAN kesihatan penyanyi Jamal Mirdad yang menghidapi penyakit hati semakin beransur pulih.

Isterinya, Lydia Kandau sangat mengambil berat tentang kesihatan lelaki itu walaupun Jamal tidak pernah berkongsi perasaannya sewaktu menghidap masalah berkenaan.

"Saya sangat cerewet apabila menjaga kesihatan suami tapi sekarang anak-anak banyak membantu saya untuk menjaga dan menegur papanya," ujar Lydia kepada portal detikhot, Ahad.

Walaupun sakit, Jamal tetap menggagahkan dirinya untuk meneruskan karier seninya dan sedang sibuk membuat persembahan di Singapura.

Sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu popular Sedap Betul itu sudah mahu mengambil ubat-ubatan dan vitamin.

Namun Lydia tetap khuatir dengan kesihatan suaminya apabila mereka berjauhan.

1 comment:

  1. Saya adalh peminat Jamal Mirdad - Kalau dapat Bang Jamal mirdad lawat lelaman web www.beyonddoctors.webs.com mungkin masa kunjungan nya ke singapore boleh juga beliau merawat penyakit nya sekali...Ini adalah rawatan alternatif yang effektif,ramai yang sakit seperti abang Jamal mirdad sudah pun back to normal life...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: