Thursday, October 27, 2011

Kulit segar lagi cerah

BERSIHKAN DIRI...mandi bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran juga berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
BERSIHKAN DIRI...mandi bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran juga berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

KAJIAN terbaru mengenai mandi menunjukkan ia bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Baru Perubatan England mendapati penderita diabetes yang berendam dalam air suam selama 30 minit mampu menurunkan paras gula darah sekitar 13 peratus.

  • Foto

    WAJAH...wajah dibelai lembut bagi memastikan mendapat rawatan secukupnya menjelang hari bahagia.

  • Foto

    URUT...D’Cinnamon turut menyediakan pakej urut aromaterapi untuk menenangkan fikiran khusus untuk bakal pengantin.

  • Foto

    SAUNA...bersauna bukan saja baik untuk kulit tetapi bagus untuk penghidap resdung, radang paru-paru dan asma.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas berkesan memperbaiki kesihatan jantung terutama untuk lelaki manakala mandi susu serta mandi bunga untuk bakal �pengantin bukan saja memberi�kan kesegaran tetapi terapi paling berkesan menghilang�kan tekanan �selepas seharian bekerja.

Masyarakat zaman dulu percaya mandi bunga mampu menaikkan semangat. Ini kerana haruman daripada tujuh jenis bunga berfungsi menenangkan fikiran manakala warna-warni bunga dapat menceriakan aura penglihatan dan memberi ketenangan.


Menurut pemilik D’Cinnamon Beauty House & Butik Andaman yang hanya mahu dikenali sebagai Hanie, untuk kelihatan segar dan bertenaga, bakal pengantin sebaiknya memanjakan tubuh dengan mandi susu dan bunga, sauna, lulur dan rawatan wajah untuk kekal berseri menjelang hari perkahwinan.


Mandi susu dan bunga mempunyai pelbagai khasiat. Selain dapat mencantikkan kulit menerusi khasiat susu segar juga memberi ketenangan kepada bakal pengantin.

“Biasanya bakal pengantin akan berendam di dalam tab mandi yang dimasukkan bunga-bungaan segar pelbagai warna bersama haruman lavendar selama 30 minit bagi mengharumkan tubuh dan menenangkan fikiran manakala mandi susu menggunakan campuran susu dan bahan wangian berfungsi untuk memutih dan melicinkan kulit.
Selepas kedua-duanya selesai, pelanggan dibawa bersauna atau mandi wap yang diakui mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan,” jelasnya.

Ramai wanita tidak tahu bersauna bukan saja memberi kebaikan pada fizikal tetapi juga mental. Ini kerana ketika bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyutan seminit kepada 100 hingga 150 seminit.

Apabila ini berlaku, ia meningkatkan kadar peredaran darah kerana haba daripada wap akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

“Proses ini membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat dan nutrien terutama ke bahagian kulit bagi menggantikan sel mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara, anda akan kelihatan lebih segar dan muda selama beberapa jam selepas bersauna,” katanya.

Kesan panas sauna juga melegakan otot, menghilang�kan sengal dan kebas badan.
Wap daripada sauna dapat membuka liang roma, mengeluarkan kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit lebih sihat dan rambut tambah bersinar.

“Bukan saja kebaikan untuk luaran, bersauna turut memulihkan kesihatan terutama bagi penghidap resdung, radang paru-paru dan asma. Ini kerana apabila wap ini masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem peredaran darah, ia akan memberi kesan yang baik pada badan,” katanya.

Bagi bakal pengantin, kesihatan kulit amat penting. Justeru, rawatan lulur yang dilakukan selepas bersauna membantu membuang sel kulit mati, seterusnya menjadikan kulit segar dan cerah. Sebaiknya dilakukan setiap dua minggu sekali bermula tiga bulan sebelum berkahwin bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

“Selepas kulit dimanjakan dengan bahan lulur, bakal pengantin dibawa menikmati urutan lembut yang tidak menyakitkan. Urutan ini menggunakan minyak aromaterapi khas sekadar untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan tekanan selepas penat bekerja.

Bagaimanapun, bakal �pengantin tidak digalakkan terlalu kerap melakukan urutan kerana ia hanya sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak saja. Jika mahu melakukan urutan, pastikan memilih urut aromaterapi untuk menenangkan badan serta merehatkan fikiran,” katanya yang berkebolehan mengurut sejak kanak-kanak lagi.

Selain pakej rawatan badan, D’Cinnamon turut menyediakan rawatan wajah untuk kulit normal dan bermasalah. Rawatan bermula dari RM45 sehingga RM120 manakala untuk bakal pengantin antara RM100 hingga RM400 untuk pakej penuh.

Selain rawatan kecantikan, Hanie turut menyediakan pakej andaman perkahwinan dengan menyediakan perkhidmatan sewa baju untuk majlis makan malam, jamuan dan perkahwinan pada harga bermula RM500 ke atas.

Kebiasaannya, wanita hanya mementingkan kecantikan �luaran dengan memastikan busana cantik dan mewah pada hari bahagia sehingga terlupa pada keindahan dalaman yang tidak kurang pentingnya. Sebab itu, dengan adanya butik dan pusat rawatan kecantikan bersama mampu menjadi panduan kepada mereka untuk �memastikan kecantikan luaran sama seimbang dengan dalaman.

“Sekurang-kurangnya apabila pelanggan memilih busana serta pakej perkahwinan, mereka turut menjaga kecantikan wajah dan tubuh sehingga hari bahagia tiba,” katanya.

D’Cinnamon yang dibuka sejak 10 tahun lalu, bermula hanya dengan menyediakan sewa baju saja.

Namun lama-kelamaan selepas mendapat perhatian, Hanie yang mulanya bekerja sepenuh masa akhirnya memilih untuk menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian.

“Dulu saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan �hanya melakukan kerja andaman sebagai sambilan saja. Namun lama-kelamaan apabila semakin ramai pelanggan, saya mulai yakin dengan bidang ini dan mengambil keputusan berhenti kerja,” ujarnya.

D’Cinnamon Beauty House & Butik Andaman yang terletak di Ampang Waterfront, Ampang dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 8 malam namun pelanggan haruslah membuat temu janji terlebih dulu bagi mengelak terpaksa menunggu lama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: