Wednesday, October 19, 2011

Kuasai 50%

CANGGIH...Ketua Pegawai Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho (kanan) bersama Simon melancarkan kamera model Canon EOS-ID X, semalam.
CANGGIH...Ketua Pegawai Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho (kanan) bersama Simon melancarkan kamera model Canon EOS-ID X, semalam.

CANON Marketing Malaysia (Canon) optimis menguasai pasaran sehingga 50 peratus dalam segmen kamera DSLR bersandarkan kekuatan pelbagai produk yang diperkenalkan dalam segmen itu ke pasaran domestik menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Imejnya, Simon Wong berkata, Canon menguasai 45 peratus dalam segmen DSLR di negara ini dan berada di kedudukan teratas di pasaran di Asia Tenggara. “Momentum pasarannya di Malaysia cepat berubah. Oleh itu, segmen DSLR penting bagi Canon di sini apabila kira-kira 16,000 unit kamera pelbagai jenama dijual sebulan.


“Tahun ini syarikat mengunjurkan perolehan RM850 juta bagi keseluruhan segmen jualan produk dan DSLR bakal menyumbang 45 peratus daripada jumlah itu. “Selain itu, segmen ini juga dijangkakan mengalami lonjakan 30 peratus iaitu semakan menurun berbanding tahun lalu sebanyak 40 peratus kerana bencana tsunami yang melanda Jepun awal tahun ini. Tahun depan dijangka tiga atau empat lagi produk dalam segmen DSLR dilancarkan dan diharap jualannya menunjukkan prestasi positif berbanding tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran kamera model Canon EOS-1D X di Kuala Lumpur, semalam.

EOS-1D X adalah produknya yang kesepuluh dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang Februari atau Mac 2012 pada harga badan saja dianggarkan dalam lingkungan RM20,000 seunit. Produk itu diunjurkan 90 peratus penggunanya di kalangan profesional dan disasarkan 500 unit akan terjual sehingga hujung tahun depan.


Simon berkata, EOS-1D X dilengkapi pemproses terkini Dual DIGIC 5+ dengan tingkat kelajuan sehingga 14 bingkai sesaat dan memiliki sistem penerima isyarat GP-E1 GPS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: