|
|
LOS ANGELES - Aktres terkenal Hollywood yang pernah membintangi filem Lost In Translation, Scarlett Johansson mempertahankan haknya dalam temu bual pada Khamis lalu.
Temubual dengan stesen televisyen CNN itu dibuat seminggu selepas telefon bimbitnya digodam dan terdapat individu menghantar gambar separuh bogelnya ke Internet.
"Siapa yang tidak mahu melindungi hak privasinya? Disebabkan anda sering menjadi perhatian umum kerana bergelar seorang aktres, penerbit filem atau sebagainya, ia tidak bermakna anda tidak berhak ke atas privasi sendiri," kata Johansson ketika ditemui di Nairobi, Kenya.
Dia berada di sana bersama kumpulan kemanusiaan Britain, Oxfam untuk melihat sendiri impak kemarau di negara Afrika itu.
Gambar Johansson, 26, yang menunjukkan dirinya tidak memakai baju tersebar Internet pada pertengahan bulan September. Terdapat juga gambar dia hanya memakai tuala sambil melihat ke arah kamera dengan bahagian belakang badan tubuhnya terdedah.
Dalam foto yang lain pula menunjukkan aksi aktres itu mengambil gambarnya sendiri ketika berbaring di atas katil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: