Monday, October 10, 2011

Jangan hanya goyang kaki


AHMAD SHABERY (kanan) melancarkan acara jalan kaki SOULed OUT’s Colours Of Life di Seri Hartamas, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Golongan belia di negara ini tidak seharusnya sekadar duduk goyang kaki menanti duit datang kepada mereka sebaliknya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, generasi muda hari ini merupakan harapan negara dan keupayaan mereka dalam menghasilkan idea-idea kreatif dan berinovasi akan menjadikan mereka lebih dihargai.

“Siapakah lagi yang boleh kita harapkan kalau bukan belia, ciptalah satu perkara baharu, kembangkan idea-idea dan berikan sumbangan kepada negara kerana dalam pembentangan Bajet 2012 banyak peruntukan telah disediakan.

“Namun itu tidak bermakna apabila bajet banyak, mereka boleh duduk goyang kaki menanti duit datang.

“Mereka perlu fikir (idea baharu) dan lakukan yang sepatutnya sementara menanti bantuan yang akan diberikan kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: