|
|
NEW YORK – Pelakon dan personaliti media, Paris Hilton memaklumkan bahawa percutiannya ke India membuatkannya kagum dengan keindahan di negara itu, tetapi malangnya dibelenggu dengan kemiskinan .
Menurut Hilton dalam laman web Twitter sebelum meninggalkan negara tersebut, dia menggambarkan India sebagai sebuah negara yang cantik tetapi berasa susah hati apabila melihat kanak-kanak tidur di jalanan.
“Apa badan-badan amal paling berpengaruh di India? Selepas melihat keadaan di sekitar negara itu, saya ingin membantu membuat perubahan,” jelasnya.
Hilton yang bercuti ke India selama tiga hari bagi mempromosikan rangkaian jenama beg tangan miliknya untuk pasaran India, mengejutkan seorang pengemis dengan memberi derma sejumlah AS$100 (RM300).
Ekoran komennya dalam Twitter itu, dia dengan cepat menerima cadangan daripada beberapa badan-badan amal di India dan pengikutnya di laman sosial itu.
“Terima kasih kepada semua untuk cadangan anda, ia amat penting untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik,” tambahnya dalam Twitter.
Hilton dalam perjalanan ke Dubai dan berharap untuk kembali ke India yang turut disifatkannya sebagai tanah yang ajaib dan rohani.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: