WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.
Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.
Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.
Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.
Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.
Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: