|
WOW! Meriah sungguh majlis resepsi eksklusif perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada Rabu lalu. Mata Diva melilau melihat kelibat artis-artis yang hadir dengan bermacam gaya dan fesyen. Ala-ala menghadiri acara karpet merah majlis Anugerah Oscar di Hollywood.
Diva tertarik dengan busana pelakon Yasmin Hani yang seksi dan elegan. Kalau kat kampung, pakaian begitu macam berkemban sahaja, tapi bila dah letak corak-corak, manik, labuci bagai, jadi cantik tambah lagi si pemakainya cantik, macam mat saleh pula.
Diva rasa, kalaulah fesyen berkemban itu dipakai anak dara pergi majlis kenduri kahwin mahunya pitam pak cik dan mak cik melihatnya. Yelah, anak dara berkemban datang kenduri kahwin.
Tapi, Yasmin pakai macam tu kat majlis di hotel lima bintang, dia pun dah nak kahwin tak lama lagi, apalah sangat setakat berkemban pergi majlis sanding berharga RM12 juta.
Haruslah pakaian pun melambang ciri-ciri mahal walaupun macam tak cukup kain nak buat lengan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: