Thursday, October 20, 2011

Dua atlet negara terima ijazah


MOHD. JIRONI (kiri) dan Ahmad Bakri meraikan kejayaan mereka selepas menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UPM ke-35 di Serdang semalam.


SERDANG – Kesibukan menjalani latihan dan menyertai pelbagai kejohanan tidak menghalang dua atlet negara untuk memperoleh segenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-35 di sini semalam.

Bagi pelari jarak sederhana negara, Mohd. Jironi Riduan, 25, kejayaannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pendidikan Jasmani adalah bukti kesungguhannya untuk menimba ilmu pelajaran dan dalam masa yang sama aktif bersukan.

“Walaupun terpaksa menjalani 10 sesi latihan dalam masa seminggu, saya tetap meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

“Saya juga sering berbincang dengan jurulatih bagi mengatur jadual kuliah supaya tidak bertembung dengan sesi latihan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Mohd. Jironi yang membantu skuad negara menggondol dua pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN 2010 di Chiang Mai merupakan antara 7,327 graduan yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen universiti itu semalam.

Sementara itu, kegembiraan serupa turut dikongsi oleh seorang lagi atlet negara, Ahmad Bakri Marfi, 24, yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Jasmani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: