RUMAH TANGGA Demi, Kutcher tak boleh diselamatkan lagi.
HOLLYWOOD: Demi Moore telah menemui peguam perceraian setelah gagal menyelamatkan rumah tangganya dengan Ashton Kutcher.
Perkahwinan mereka dikatakan bermasalah setelah Kutcher 33, curang.
Kutcher dikatakan mengadakan seks dengan Sara Leal, 23 di sebuah hotel akhir September lalu, ketika aktor itu sepatutnya membuat persediaan untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinannya yang keenam dengan Demi.
Merasa terpukul dengan berita itu, Demi terus menemui peguamnya.
Antara yang dibincangkan termasuklah pengurusan tempat tinggal mereka dan bagaimana perceraian itu akan menjejaskan aset mereka.
Demi, 48, mempunyai aset dan pendapatan kira-kira 97 juta pounds (RM409 juta) dan begitu juga Kutcher.
Sumber hiburan berkata, “Ini satu keputusan yang paling besar dan sukar dibuat oleh Demi tetapi dia sudah hilang kepercayaan terhadap Kutcher.”
Perkahwinannya dengan Kutcher merupakan perkahwinannya yang ketiga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: