KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan agar caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, kenaikan kadar caruman daripada 12 peratus sebelum ini akan memberi manfaat kepada 5.3 juta pencarum KWSP untuk meningkatkan simpanan mereka pada hari tua.
Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan, katanya.
Dalam Bajet 2011, kerajaan mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman KWSP dan memperluas insurans hayat bagi meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta yang kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta.
Najib juga mencadangkan agar potongan cukai dilakukan ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta selain mengecualikan cukai ke atas pendapatan dana skim berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: