Saturday, October 1, 2011

Beban faedah pinjaman rumah

YAM...ambil kira kepayahan
YAM...ambil kira kepayahan
SOHAIMI...masyarakat tertekan
SOHAIMI...masyarakat tertekan

KERAJAAN perlu lebih bertegas dengan kerakusan institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah terlalu tinggi membabitkan pinjaman untuk pemilikan rumah sehingga membebankan rakyat negara ini terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini diburukkan lagi dengan hakikat harga jualan kediaman terutama di bandar besar meningkat mendadak.


Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (Bepu), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ketika ini masyarakat berdepan tekanan membayar balik pinjaman.

“Walaupun tempoh bayaran balik memakan masa panjang, peminjam perlu membayar sehingga dua kali ganda atau lebih bagi pinjaman untuk memiliki rumah dan keadaan ini perlu dikawal kerana ia memberi tekanan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael Yam berkata, pihak bank perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira kepayahan dialami masyarakat yang terpaksa membayar balik pinjaman pada kadar berganda.


“Bagi pemaju, kami sudah menjalankan tanggungjawab contohnya menyediakan peruntukan lot Bumiputera sehingga kadang-kadang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak berjaya menjualnya.

“Maka kami harap pihak bank akan dapat mengurangkan kadar faedah bagi pinjaman pemilikan rumah,” katanya.


Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusoff Abd Rahman berkata, kerajaan perlu menetapkan garis panduan lebih terperinci untuk menentukan pembelian rumah menerusi lokasi berikutan terdapat pemaju yang meletakkan harga jualan melebihi harga pasaran sebenar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: