Friday, October 28, 2011

Apa tengok tengok sarat mesej

Tanpa sebarang promosi awal, filem senyap arahan K Murali Apa Tengok tengok sudah menjengah pawagam bermula semalam. Filem terbitan Venture Hills Film Production Sdn Bhd tampil dengan genre yang sedikit tersasar daripada genre kutipan pecah panggung (seram dan komedi) iaitu khidmat sosial.

Tiada nama besar yang terlibat di dalam filem ini, namun pengarahnya yakin filem ini mampu memberi nafas baru kepada peminat filem tempatan. Boleh dikatakan filem ini sebagai filem 1Malaysia, filem dibarisi teraju utama yang masih setahun jagung di dalam industri seperti Iqbal Mazlan, Chomatt Samad, Gracie dan Aaron Roa dikatakan mampu memberi kelainan terhadap filem ini.

Secara keseluruhan, filem yang membawa mesej moral, hormat-menghormati, keikhlasan, dan kerjasama di antara satu sama lain memang wajar diberi pujian. Apatah lagi jarang produksi filem berani mengetengahkan genre filem seperti itu. Ia digambarkan oleh Daniel lakonan Iqbal Mazlan dan Sharif (Chomaat Samad) yang bersatu menubuhkan sebuah kumpulan muzik demi menaikkan nama sekolah mereka.

Namun garapan K Murali ini dilihat sedikit lemah dengan beberapa babak meleret sehingga mencacatkan jalan ceritanya. Mengambil contoh babak Daniel yang berlari bersama kawan-kawannya mengejar bendera, tetapi imej bendera yang menggunakan teknik CGI ini dibuat tidak kemas apabila ia jelas seperti di dalam kartun animasi.

Filem Apa Tengok Tengok mengisahkan bagaimana seorang pengetua berusaha membentuk sikap dan perangai lapan pelajar yang mewakili dua kumpulan kaya dan sederhana.

Permusuhan berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL bernama Adriana Abdullah. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Cikgu Zaaba menyatukan mereka semua?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: