Sunday, October 23, 2011

Anuar Zain guna pengurus lelaki

Anuar Zain


MULA-MULA dengar angin dari jauh, kemudian bisik-bisik pula. Diva fikir, macam serius pula cerita tepi kain antara penyanyi tersohor, Anuar Zain dengan pengurusnya yang mesra dibahasakan Rohila itu. Setahu Diva, sudah berzaman si Rohila itu menjaga segala pergerakan serta perkembangan karier Anuar Zain. Ibaratnya, tidak sah Anuar tanpa Rohila.

Ramai rakan media dan individu yang mahu menghubungi Anuar Zain tetapi tidak dapat menghubungi Rohila tanpa alasan. Telefon tidak berjawab malah talian telefonnya sudah tidak lagi dapat ditembusi. Rohila sendiri sudah tidak dapat dikesan bayangnya sedangkan ketika ini Anuar pasti sibuk dengan agenda promosi album terbarunya yang laris macam pisang goreng panas.

Bagaimanapun, tiada sumber sahih yang dapat mengesahkan perkara itu. Diva doakan yang terbaik untuk Rohila dan Anuar Zain yang dengarnya sudah ada pengurus baru bernama Danil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: