Saturday, October 29, 2011

Amin Hayat suka mengemas rumah


TIDAK sah bagi jejaka ini sekiranya tidak mengemas rumah jika ada waktu terluang.


Bagi Amin Hayat Abd. Rahim, 29, atau lebih mesra disapa Amin, mengemas rumah bagaikan satu kemestian baginya.

Walaupun jejaka kacak kelahiran Johor Bahru ini alah kepada habuk, namun ia bukanlah satu alasan baginya untuk membiarkan rumahnya tidak terurus.

"Kalau saya dah mula mengemas, memang susah hendak berhenti.Bukan apa, kadang-kadang rimas juga jika tengok rumah berhabuk dan tidak terurus.

"Bila sudah selesai mengemas, terasa lebih selesa malah hati saya pun senang," ujarnya sambil membetulkan susunan buku ketika ditemui penulis di rumahnya baru-baru ini

Selain itu, anak ketiga daripada lima beradik ini juga menyatakan dia mengamalkan pemakanan yang sihat.

Buktinya, ketika penulis datang ke rumahnya, Amin sedang sibuk menyediakan salad sebagai hidangannya.

Bukan tidak mahu mengambil makanan berat, namun dia lebih selesa mengalas perut dengan sayur-sayuran.

Selain itu, Amin juga sering menjadikan buku mahupun majalah sebagai temannya untuk mengisi waktu lapang.

Bagi Amin, buku merupakan teman terbaiknya setelah penat bekerja.

"Kebiasaannya bila saya dah mula membaca, tak sedar waktu dah berlalu dengan cepat kerana terlalu khusyuk membaca.

"Lebih-lebih lagi persekitaran di rumah saya memang tenang. Sebab itu kadang-kadang saya tidak perasan waktu telah berlalu," ujarnya sambil ketawa kecil sebelum mengakhiri bicara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: