KUANTAN - Kejayaannya seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (Semsas) ketika mewakili negara dalam beberapa pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa mendapat pengiktirafan apabila dia dipilih menerima anugerah Full Colour, iaitu anugerah tertinggi bagi pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Anugerah diterima Ilya Natasha Wahid, 18, itu hanya diberikan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik disamping mempunyai daya kepimpinan serta aktif dalam bidang kokurikulum.
Pengiktirafan diberikan sempena sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke-43 yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah, itu menjadikan Iiya Natasha pelajar kedua dari Semsas pernah merangkul anugerah tersebut.
Anak bongsu dari lima beradik yang berasal dari Terengganu itu berkata, dia belajar di Semsas selama lima tahun dan sepanjang tempoh itu, banyak kenangan manis dilalui terutamanya selepas berjaya memperolehi semua A dalam SPM tahun lalu.
Katanya, dia juga pernah dinobatkan pelajar terbaik PMR semasa di tingkatan tiga dengan memperoleh 8A.
“Saya bercita-cita untuk bergelar profesor dalam bidang kejuruteraan justeru kini sedang menyambung pengajian di Universiit Tenaga Nasional (Uniten), Bangi,” katanya.
Ilya Natasha berkata, sepanjang penglibatannya dalam pertandingan inovasi, dia pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan International Project Olympiad di Indonesia dan Fully Residental School International Symposium 'Tourism: Education Gateway' selain turut mewakili negara dalam pertandingan inovasi di USA dan Taiwan.
Menurutnya, dia juga turut memenangi pingat emas di pertandingan Malaysia Agricultural Innovation Challenge (Magic) dan naib johan pertandingan inovasi dan kejuruteraan.
“Dalam bidang kepimpinan sekolah pula, saya menjawat jawatan pegawas dari tingkatan dua sebelum diberi amanah sebagai Penolong Ketua Pelajar (akademik) setelah berjaya menunjukkan kecemerlangan akademik konsisten setiap tahun,” katanya.
Ilya Natasha berkata, pengurusan masa dan tumpuan sepenuhnya kepada program dan aktiviti yang disertai adalah rahsia kejayaan pernah dikecapi.
“Walaupun penat dengan aktiviti padat sebagai pelajar, ia bukan penghalang untuk cemerlang setiap aktiviti disertai kerana sebagai pemimpin pelajar, saya perlu sentiasa jadi contoh kepada pelajar lain.
“Pengalaman membentangkan projek inovasi di hadapan juri antarabangsa pada pertandingan di USA, Indonesia dan Taiwan memberikan satu pengalaman sukar diperolehi.
“Saya bertuah diberi peluang oleh guru pembimbing inovasi, Mohd Fakharudin Mahmod, menyertai pasukan Youth Scientists Team,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: