Monday, June 6, 2016

Selepas Dipukul Amber Heard Masih Sayangkan Johnny Depp




Amber dilaporkan masih sayangkan suaminya, Johnny Depp dan tidak sanggup untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan dipukul oleh aktor itu.
PELAKON Amber Heard tidak akan membuat laporan polis terhadap suaminya Johnny Depp ekoran kejadian dia dipukul oleh aktor itu.

TMZ melaporkan Amber dikatakan tidak sanggup berbuat demikian kerana masih sayangkan Johnny selain tidak mahu karier pelakon itu terkubur.

Amber sebelum ini menerusi peguamnya dilaporkan akan mendakwa Johnny namun sumber memberitahu dia telah mengubah keputusannya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan kecoh apabila Amber mendakwa dipukul suaminya pada bahagian muka menggunakan telefon mudah alih.

Ekoran kejadian itu, Amber ke mahkamah di Los Angeles untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah perlindungan sementara.

Malah Amber turut memfailkan perceraian terhadap Johnny.

Dalam pada itu, pembantu kepada Johnny, Stephen Deuters menyangkal dakwaan aktor itu menghantar mesej permohonan maaf kepada Amber seperti dilaporkan sebelum ini.

Malah katanya, dia menganggap tuduhan Johnny mengasari isterinya sebagai karut kerana sepanjang aktor itu bukan seorang yang kasar dan panas baran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: