AMPANG - Lazimnya kita biasa melihat perkahwinan campur antara kaum Cina dan India melahirkan anak ‘Chindian’ (gabungan singkatan Cina dan India).
Manakala agama dianuti golongan ini kebiasaannya Kristian, Hindu atau Buddha. Namun, berbeza dengan agama dianuti pasangan ini, Jasmeen Tay Abdullah dan suaminya, Omar Nathan Abdullah, yang merupakan pasangan Chindian Muslim.
Keunikan ini mendorong penulis bertemu dengan pasangan ini yang mengusahakan gerai makanan berkonsepkan Chindian Muslim di Taman Ampang Jaya.
Bagi segelintir pihak, perkahwinan campur dianggap unik kerana mempraktikkan dua budaya yang berbeza.
Kata Omar, 48, dia dan isterinya adalah mualaf yang memeluk Islam sebelum masing-masing mendirikan rumah tangga.
Omar berasal dari Muar, Johor, manakala Jasmeen dari Kuala Lumpur, dipertemukan oleh sahabat sebelum berkahwin selepas enam bulan berkenalan.
Mahligai yang dibina sejak 1999 atas restu kedua-dua keluarga itu, dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Aiman, 14, dan Ameera Hidayah, 9.
Cabaran sebagai mualaf
Berkongsi kisah sebelum memeluk agama Islam, Jasmeen berkata, keinginan datang secara perlahan-lahan mengenali Islam sejak berada di tingkatan enam.
“Sewaktu itu, saya belajar subjek Sejarah Islam. Cikgu Naimah yang mengajar ketika itu membuatkan saya tertarik hati. Caranya mengajar memudahkan pemahaman saya mengenai Islam di zaman itu.
“Saya mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Tetapi ketika itu tidak terfikir memeluk Islam. Sewaktu bekerja, pergaulan dengan rakan-rakan Islam mendorong lebih mengenali Islam dan akhirnya saya memeluk Islam secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga pada 1994,” katanya.
Menurut Jasmeen, selama dua tahun dia merahsiakan identitinya sebagai mualaf daripada pengetahuan keluarganya, sehinggalah ibunya mula mengesyaki sesuatu.
“Saya terpaksa solat secara sembunyi di rumah atau melakukannya di luar,” katanya.
Kata anak kedua daripada enam beradik itu, setelah rahsianya terbongkar, sudah pasti penerimaan keluarga agak kurang senang.
“Mulanya mereka agak terkejut dan sedih tetapi lama kelamaan mereka terima keputusan saya untuk berhijrah ke agama Islam,” katanya.
Begitu juga dengan Omar, yang menempuhi pelbagai rintangan dan halangan sebelum memeluk Islam pada usia 21 tahun.
“Penerimaan keluarga pada awalnya agak kurang senang, tetapi lama kelamaan mereka menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.
Malah setelah mengetahui dirinya seorang Muslim, ibu Omar yang sangat berpegang teguh kepada agama Hindu, turut mengejutkan dan memasak hidangan ketika sahur.
“Mereka menghormati keputusan saya itu. Begitu juga dengan keputusan saya untuk mengahwini Jasmeen, gadis Cina mualaf,” katanya.
Menurut Omar, keputusannya memeluk agama Islam bukanlah disebabkan ingin berkahwin semata-mata.
Memandangkan masih lagi mengamalkan dua budaya meskipun beragama Islam, perkahwinan Omar dan Jasmeen turut diraikan ahli keluarga mengikut amalan agama masing-masing.
“Di sebelah keluarga isteri, kami diraikan dengan ‘upacara teh’ untuk menghormati ahli keluarga yang lebih tua.
“Manakala di sebelah pihak saya, kami suami isteri diraikan memakai pakaian tradisional India dan bertemu sanak saudara,” katanya.
Teruja sambut tiga perayaan
Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali, Omar bersama isteri dan anak-anaknya tidak melepaskan peluang mengunjungi kaum keluarga.
“Anak-anak yang lebih teruja, kerana kami menyambut tiga jenis perayaan iaitu Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Aidilfitri.
“Mereka yang lebih seronok, dapat angpau ketika berkunjung ke rumah saudara mara mereka di sebelah pihak saya dan isteri. Ketika perayaan Aidilfitri pula, kaum keluarga saya dan isteri pula datang ke rumah kami,” katanya.
Omar berkata, anak-anaknya diajar memahami budaya dua kaum ini meskipun beragama Islam.
“Meskipun anak- anak tidak boleh berbahasa Kantonis mahupun Tamil, tapi mereka boleh memahami bahasa tersebut,” katanya yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu di rumah.
Pelajari budaya berbeza
Bagi Jasmeen, meskipun berbangsa Cina, dia tidak kekok belajar memahami budaya dan cara hidup masyarakat India.
“Walaupun ibu mertua tidak boleh berbahasa Melayu, sedikit demi sedikit saya belajar bahasa Tamil untuk memudahkan komunikasi. Setiap kali pulang, dia ajar saya memasak hidangan kesukaan suami,” katanya.
Malah katanya, keluarga besar kedua belah pihak amat menghormati mereka sebagai sebuah keluarga Islam.
“Mereka akan pastikan makanan dimasak daripada sumber halal dan guna peralatan berasingan,” katanya.
Berkongsi keakrabannya dengan mertua berlainan bangsa, Jasmeen berkata, mereka sekeluarga akan pulang awal untuk sama-sama membuat persiapan perayaan, mengemas rumah dan membuat kuih.
Popularkan makanan Chindian Muslim
Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang masakan bukan halangan sama sekali untuk Jasmeen membuka gerai makanan.
Atas sokongan Omar, Jasmeen menjual makanan Cina halal seperti Dim Sum, Loh Mai Kai (nasi pulut), Chee Cheong Fan, Yong Tau Fu dan pelbagai menu lagi.
Katanya, pengalaman kerja sebagai freelance breastfeeding consultant yang tidak menentu menyebabkan dia beralih ke perniagaan makanan.
Kata Jasmeen, pengalaman berniaga di bazar Ramadan empat tahun lalu, memberi hasil sekali gus mereka berjaya membuka gerai sendiri.
“Bubur ayam ‘Po Po’ antara kegemaran pelanggan. Ini resipi keluarga saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: