KUALA LUMPUR: Peserta yang berasal dari Perak iaitu Fitri Hiswady Hasan Nordin muncul sebagai juara musim pertama program Dangdut Star yang diumumkan pada malam Rabu.
Fitri, 26, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan pakej percutian ke Sydney, Australia berserta trofi.
Pada peringkat akhir itu, Fitri menumpaskan tiga peserta lain menerusi persembahan menerusi dua lagu iaitu Mati Hidup Semula nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Matahari (Maya).
Untuk rekod, Fitri pernah bergelar juara pertandingan Bintang Asli RTM 2014 dan peserta keempat teratas program D'Academy Asia Indosiar pada tahun lalu.
Naib juara pula dimenangi oleh satu-satunya peserta wanita pada peringkat akhir itu, Elda Susanti, 34, dan kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Seoul, Korea berserta trofi.
Tenpat ketiga pula menjadi milik Muhd Firdaus Mohd Mustapha atau Jiwa, 21 tahun yang berasal dari Pahang.
Jiwa menerima hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia berserta trofi.
Mohd Rozaidy Shukry atau Rojer, 29 pula terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.
Kesemua pakej percutian adalah termasuk tiket penerbangan dan penginapan selama lima hari empat malam untuk dua orang tajaan Jamu Mak Dara.
Dangdut Star menggunakan sistem permakahan 100 peratus oleh pihak juri untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Mereka diadili oleh juri profesional iaitu Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Mas Idayu.
Manakala Amelina dan Edry Abdul Halim bertindak sebagai juri jemputan pada peringkat akhir itu.
Peringkat akhir itu dihoskan oleh Tauke dan kumpulan De Fam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: