Zalman Aefendy (tengah) ketika pelancaran ‘Celcom’s Millions of Give-Aways’.
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan tiket wayang percuma bernilai keseluruhan RM1 juta kepada pelanggannya apabila melanggan pelan internet mudah alih Xpax atau membuat pendaftaran baharu dengan pelan Celcom First dan melakukan pembelian Max Up.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, program yang berlangsung dari 4 Disember hingga 6 Januari depan itu menawarkan lebih 2,000 tiket percuma setiap hari.
“Sepanjang tempoh ini, pelanggan akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi kod hadiah dengan laman web Celcom atau Xpax. Mereka perlu melayarinya untuk menebus tiket tersebut.
“Pelanggan boleh menonton sebarang filem pilihan mereka sehingga 31 Mac 2016 dengan 60 pilihan pawagam di seluruh Malaysia seperti MBO dan Golden Screen Cinemas (GSC),” katanya pada sidang media selepas pelancaran ‘Celcom’s Millions of Give-Aways’ di Kuala Lumpur, semalam.
Zalman Aefendy berkata, Celcom akan memberikan lebih banyak ganjaran lain kepada pelanggannya dalam bentuk hiburan, makanan dan minuman sehingga 29 Februari depan.
“Kami akan mengadakan dua lagi program ganjaran seperti ini yang akan diadakan pada 7 hingga 31 Januari 2016 dan 1 hingga 29 Februari 2016,” katanya.
Beliau berkata, menerusi program ganjaran kesetiaannya, Celcom menjangkakan penggunaan internet rangkaian itu akan meningkat sebanyak 30 peratus sehingga 29 Februari depan.
Menurutnya, jumlah pelanggan Celcom ketika ini adalah 12.51 juta pada suku ketiga tahun ini yang berakhir Ogos lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: