Tuesday, December 8, 2015

Pos Laju diiktiraf jenama terbaik


Pos Laju
Pos Laju menjadi syarikat tempatan pertama yang diiktiraf Jenama Terbaik Superbrands pada 2015.

POS Laju, anak syarikat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menerima pengiktirafan sebagai Jenama Terbaik Superbrands pada tahun ini, dalam Anugerah Superbrands Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, penghargaan itu membuktikan Pos Malaysia sentiasa mengorak langkah untuk merintis ekonomi baharu sebagai penyedia pos dan perkhidmatan kurier tempatan yang terulung.
Katanya, ia juga pengiktirafan terhadap sumbangan syarikat dan kepimpinan dalam pembangunan industri.
“Apabila Pos Laju bermula sebagai pembekal perkhidmatan kurier domestik pada 1988, kami beriltizam untuk memenuhi dua keperluan utama iaitu kepantasan dan kepercayaan dalam menghantar dokumen serta bungkusan berharga pelanggan yang perlu tiba ke destinasi dengan segera, di samping melengkapi perkhidmatan pos tradisional.
“Tujuan perniagaan teras kami masih tidak berubah dan kami akan terus berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan kurier kami,” katanya.
Beliau turut menyifatkan pencapaian itu sebagai satu penghormatan tertinggi kepada 18,000 ahli pasukan Pos Malaysia terhadap sumbangan, usaha dan dedikasi berterusan mereka selama ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: