Siri Liquid Z diperkenalkan dengan tiga model iaitu Z630, Z530 dan Z330 dengan menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan.
ACER Malaysia (Acer) optimis untuk menjual sebanyak 50,000 unit telefon pintar bagi ketiga-tiga model siri Liquid Z yang baharu dilancarkan dalam separuh penggal pertama tahun hadapan.
Pengurus Produk Acer, Jeffrey Lai berkata, pihaknya yakin mencapai jumlah itu berikutan pasaran negara yang luas.
"Kita sangat yakin untuk capai jumlah itu dalam tempoh tiga bulan akan datang, didorong pasaran Malaysia besar dan populasi serta trend pengguna yang semakin berkembang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran rangkaian telefon pintar itu di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, harga, reka bentuk dan ciri-ciri di dalam telefon pinta baharu itu juga dijangka mendorong kepada jumlah jualan.
Katanya, telefon pintar baharu itu didatangkan dengan ciri-ciri kemudahan di dalam setiap urusan.
Sementara itu, mengulas penguasaan pasaran, Acer Malaysia menjangkakan menjadi lima jenama telefon pintar yang terbaik di pasaran tempatan pada tahun hadapan.
"Kami merupakan peneraju utama komputer riba dan komputer tetapi kami masih baharu dan sedang berkembang dalam segmen telefon pintar," katanya.
Siri Liquid Z diperkenal dengan tiga model iaitu Z630, Z530 dan Z330 dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan.
Siri itu dilancarkan di acara IFA 2015 di Berlin sebelum ini dengan menampilkan rekaan kerangka melengkung, kemas dan elegan.
Ketiga-tiga model itu di jual dengan harga L630 (RM659), L530 (RM559) dan L330 (RM439) di semua pengedar dan penjual sah Acer Malaysia di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: