Kucing jantan yang tersepit di celah tembok simen berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan JPAM.
SERI MANJUNG - Bunyi ngiauan yang tidak henti-henti membawa kepada penemuan seekor kucing jantan yang tersepit di celak tembok konkrit Taman Desa Bayu, kelmarin.
Ruzman Mat, 44, berkata, dia mendengar bunyi kucing mengiau sejak maghrib petang sebelumnya dan membiarkan sahaja.
“Lepas itu, maghrib saya dengar lagi kucing mengiau dan tidak mengendahkannya.
"Bunyi ngiauan itu tak berhenti sehinggalah jam 12,30 tengah malam menyebabkan saya tercari-cari sebelum jumpa ia tersepit," katanya.
Menurutnya, dia cuba mengeluarkan kucing itu namun gagal dan terpaksa menghubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
“Dengan bantuan JPAM dan bomba, kucing yang hanya luka ringan itu berjaya dikeluarkan” katanya.
Sementara itu, Anggota Sukarela Tugas Operasi (ASTO) JPAM Daerah Manjung, Mohd Hafez Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.05 pagi sebelum tiga anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kucing itu nampak lemah. Ruang terhad dan sempit di antara tembok konkrit menyukarkan kerja mengeluarkan kucing itu.
"Kucing itu hanya berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: