
Antara hadiah yang ditawarkan Habib sempena Bonanza Telur Emas kali ini.
PENANTIAN 14 tahun bagi penggemar barang kemas terkenal, Habib kini berakhir apabila Bonanza Telur Emas kini kembali dengan menawarkan lebih banyak diskaun dan promosi istimewa.
Syarikat barang kemas terkenal, Habib menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggannya yang membeli barang kemas di 32 cawangannya di seluruh negara sempena bonanza tersebut yang diadakan bermula 14 November sehingga 3 Januari 2016.
Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya berkata, sempena kempen tersebut, Habib menawarkan pelbagai pilihan barang kemas berkualiti pada harga yang berpatutan.
Menurutnya, kempen tersebut diadakan kerana kejayaan kempen terdahulu yang mendapat sambutan memberangsangkan.
"Kempen ini diadakan untuk menghargai pelanggan setia barang kemas sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah. Bonanza Telur Emas Habib diadakan bagi memberikan kelainan bersempena jualan akhir tahun yang diadakan secara besar-besaran di seluruh Malaysia.
"Habib menjanjikan tawaran menarik untuk semua terdiri daripada emas, berlian mahupun permata," katanya.
Yasheedah berkata, Habib merupakan syarikat barang kemas tempatan yang sering tampil dengan keunikan dan kempen ini merupakan peluang keemasan bagi mereka yang ingin membeli barang kemas untuk perhiasan atau pelaburan.
"Harga pasaran emas dijangka meningkat pada masa akan datang. Orang ramai perlu mengambil peluang berbelanja di Habib. Selain itu, mereka boleh mendapat barang kemas sebagai hadiah kepada orang tersayang sempena perkahwinan, hadiah ulang tahun dan majlis tertentu," katanya.
Diskaun sehingga 70 peratus
Yasheedah berkata, pelanggan dapat merealisasikan impian untuk memiliki barang kemas Habib pada harga hebat sepanjang kempen ini dengan diskaun sehingga 70 peratus untuk berlian serta permata dan potongan sehingga RM20 segram Emas 916 dan 999.
"Pelanggan boleh membeli barang kemas bernilai RM1,000 dan ke atas dalam satu resit akan mendapat Telur Emas, dan boleh menebus hadiah mereka dengan serta-merta," katanya.
Pada 14 tahun lalu, kempen Bonanza Telur Emas menawarkan pelbagai barang kemas dan hadiah menarik bernilai RM500,000 kepada pembeli yang membeli dan menukar barang kemas Habib.
"Kali ini lebih istimewa kerana hadiah yang ditawarkan bernilai RM2 juta. Ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang kini lebih 500,000 yang berdaftar.
"Saya yakin, pelanggan akan berpuas hati membeli di Habib kerana berbaloi dan kami mahu memberikan terbaik kepada pelanggan. Malah, penjual akan membantu dengan memberikan khidmat nasihat dan maklumat mengenai barang kemas, permata yang mereka ingin miliki," katanya.
Tawar harga berpatutan
Yasheedah berkata, walaupun tanpa sebarang kempen, Habib menawarkan barang kemas dengan harga berpatutan kepada pembeli.
"Kebanyakan penggemar barang kemas, permata dan berlian menganggap kesemua barang tersebut adalah mahal setanding dengan harga barang kemas dari luar negara.
"Itu anggapan salah kerana kami di Habib menawarkan harga berpatutan dan memberikan layanan kepada pelanggan setaraf kedai emas luar negara.
"Habib menggunakan slogan 'The Gift of Happiness' untuk jenamanya diinspirasikan keinginan untuk beri kebahagiaan kepada para pelanggan menerusi barang kemas," katanya.
Tambahnya, peminat barang kemas perlu mengambil tahu mengenai jenis barang kemas yang dibeli supaya tidak menjadi mangsa kepada mereka yang mahu mengambil kesempatan.
"Habib menyediakan barang kemas dan aksesori seperti rekaan luar negara dengan menawarkan harga yang mampu dimiliki.
"Kami juga memberikan layanan terbaik kepada setiap pelanggan di semua bilik pameran yang terdapat di seluruh Malaysia.
"Kami menghargai setiap pelanggan tanpa mengira latar belakang kerana mereka mahu memiliki barang kemas untuk kebahagiaan mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: