Wednesday, December 16, 2015

Beli makanan segera dapat percuma ulat?



Beli makanan segera dapat percuma ulat?

PLYMOUTH - BRITAIN. Seorang wanita kini hilang selera terhadap makanan segera selepas seekor ulat keluar dari makanan segeranya yang dibeli dari sebuah restoran hari ini.
Menurut laporan Dailymail, ulat tersebut keluar dari jagung yang disertakan sekali didalam set makanan segera yang dibeli oleh Kira Bacon, 24 dan teman lelakinya, Dean Lewis.
Kejadian tersebut kemudian diketahui restoran makanan segera terbabit yang kemudian menawarkan voucher dan sedikit wang untuk menghantar kembali makanan tersebut.
Kira bagaimanapun merancang untuk menghantar makanan tersebut ke ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera terbabit supaya kejadian berkenaan disiasat.
"Sementara mereka mencari punca datangnya ulat tersebut, orang ramai boleh berhenti membelinya dan jatuh sakit," kata Kira.
Sementara itu, jurucakap rangkaian restoran makanan segera berkenaan mengatakan mereka mempunyai prosedur yang ketat dalam memastikan bahan masakan yang digunakan adalah segar.
"Kejadian sebegini sangat jarang berlaku," kata jurucakap tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: