PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan Stacy mengumumkan akan melangsungkan penikahan pada bulan Febuari tahun depan.
Menurut Akim, pemilihan bulan Februari dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga kedua belah pihak.
"Memang kalau boleh saya mahu cepat kahwin dan segera menimang cahaya mata.
"Sepatutnya bulan Januari namun disebabkan banyak sangat komitmen kerja akhirnya kami rasa Februari adalah bulan yang sesuai,"katanya dipetik sebuah portal berita.
Sementara itu, menurut Stacy, keputusan mempercepatkan majlis pernikahan itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.
"Kerjaya kami menyebabkan orang akan nampak kami selalu bersama. Tak manis rasanya.
"Lagipun kami pula sudah lama berkawan. Jadi adalah lebih baik jika kami cepat-cepat kahwin," ujarnya
Pasangan itu memutuskan untuk hanya mengadakan dua majlis sahaja iaitu majlis pernikahan yang akan dilakukan di Sabah dan majlis resepsi di kampung halaman Akim di Johor Bahru.
Pasangan itu melangsungkan pertunangan 26 September lalu selepas Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam memeluk agama Islam pada Ogos.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: