Saturday, January 11, 2014

Maudy belum mahu bercinta


MAUDY pernah digosip bercinta dengan Afgan.


PELAKON yang popular menerusi filem Perahu Kertas dan Perahu Kertas 2, Maudy Ayunda menyatakan, dia masih lagi belum bersedia untuk bercinta buat masa ini.
Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, keluarganya turut memberikan kebebasan dan tidak menghalang dirinya untuk menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki.
"Keluarga mengizinkan saya untuk bercinta, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut. Setakat ini saya memang mempunyai ramai kawan lelaki, tetapi belum ada serius," ujar pelakon berusia 19 tahun itu.
Menurutnya, kesibukannya menyambung pelajaran di England juga menjadi faktor dia enggan memikirkan soal cinta kerana mahu lebih fokus kepada pelajarannya.
Pernah digosipkan mempunyai hubungan penyanyi Afgan, namun pelakon itu memberitahu, hubungan mereka berdua tidak lebih sekadar profesional dan rakan sesama artis.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: