Saturday, January 11, 2014

Pameran kereta diubah suai di Jepun


KERETA Toyota Hiace tahun 1994 yang diubah suai menjadi mirip kereta Batmobile dipamerkan pada Pameran Salun Kereta Tokyo di Chiba semalam.


CHIBA, Jepun - Hampir 400 buah syarikat menyertai Pameran Salun Kereta Tokyo yang berlangsung selama tiga hari di sini.
Pada pameran itu, hampir 800 buah kenderaan yang telah diubah suai dan dihiasi dengan cat serta aksesori yang menarik dipamerkan kepada orang ramai sejak semalam.
Antara yang menjadi tumpuan orang ramai pada pameran itu ialah sebuah kereta Toyota Hiace tahun 1994 yang diubah suai menjadi kereta Batmobile.
Beberapa pemilik kereta yang mempunyai cat yang unik turut menyertai pameran itu seperti ketua kumpulan kereta Lamborghini, DJ Kaorin.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: