Monday, January 20, 2014

Pam tayar guna hidung


YONGBING sedang meniup udara ke dalam tayar menerusi saluran paip getah.


CHENGDU, Sichuan - Seorang lelaki China mencipta rekod dunia apabila dia mengepam empat biji tayar kereta menggunakan hidungnya, lapor sebuah akhbar tempatan.
Nie Yongbing, 63, mengambil masa 21 minit untuk melakukan tugas sukar tersebut.
Dia menggunakan kekuatan hidungnya untuk meniup udara ke dalam tayar kereta berkenaan dengan terdapat dua orang dewasa di atas setiap tayar itu.
Nie mula melakukan perkara ganjil itu selepas seorang doktor memberitahu yang dia dapat meningkatkan tahap kesihatannya dengan meniup belon menggunakan hidung.
Sehingga kini, lelaki tersebut masih belum menemui pencabar yang mahu menandinginya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: