- Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat membersihkan tumpahan bahan kimia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya, Ithnin Osman berkata, kesan kejadian letupan itu, kaca terpelanting lebih 30 meter, manakala beberapa palet di dalam kilang itu turut terbakar.
Bagaimanapun ketika kejadian, tiada pekerja berada dalam premis disebabkan kilang tersebut masih belum memulakan operasi untuk hari berkenaan.
“Berdasarkan maklumat pekerja yang tiba awal di lokasi kejadian, mereka ternampak asap tebal seterusnya menghubungi pihak bomba.
“Hasil pemeriksaan mendapati, berlaku tumpahan bahan kimia jenis Fuming Nitric Acids sebanyak 72 liter mengakibatkannya melimpah di dalam kilang terbabit,” katanya.
Katanya, dalam operasi itu, pihaknya turut mendapat bantuan pasukan Hazmat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru untuk membersihkan tumpahan bahan kimia.
“Pihak bomba terpaksa bertindak meneutralkan kembali tumpahan asid menggunakan abu soda, operasi berakhir kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.
Ithnin berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: