- Ahmed Azim menunjukkan antara buku yang mendapat jualan terlaris.
Terbaru, Dataran Austin yang terletak di Jalan Gong Badak, di sini, menjadi lokasi pilihan syarikat yang terkenal dengan pelbagai jenis buku dan alat tulis itu serta berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan itu.
Justeru bersesuaian dengan pembukaan itu, pelanggan setia berpeluang menikmati promosi istimewa bermula semalam hingga 25 Januari ini dengan diskaun harga sehingga 22 peratus untuk semua buku.
Lebih menarik, harga serendah RM1 untuk barangan pilihan kepada 100 pelanggan terawal yang ditawarkan khusus kepada pemegang kad atau ahli berdaftar sahaja.
Potongan hingga 20 peratus
Pengarah Urusannya, Ahmed Azim Othman berkata, seiring dengan perkembangan pesat di kawasan berkenaan, beliau yakin lokasi terbaru itu mampu menarik lebih ramai pelanggan.
“Seperti kita sedia maklum, Kuala Nerus merupakan pusat lingkaran ilmu berikutan bukan sahaja terdapat banyak sekolah, tetapi juga dua institusi pengajian tinggi dan institut pendidikan guru. Justeru amat bersesuaian sekali dengan sasaran kita.
“Selain di sini (Dataran Austin), terdapat dua lagi cawangan di negeri ini iaitu Jerteh, Besut dan Pasaraya Giant, Gong Badak. Sasaran kita adalah untuk membuka perniagaan di semua daerah,” katanya pada hari pembukaan rasmi di sini, semalam.
Menurutnya lagi, perniagaan diasaskan datuknya itu bermula sejak 1940 dengan rangkaian pertama di Pasir Mas, Kelantan dan kini sudah wujud hampir di semua daerah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
“Sekarang, kita memberi tumpuan untuk memperkukuhkan pasaran di Pantai Timur dan dalam masa sama ingin mengembangkan lagi perniagaan di Lembah Klang. Setakat ini, kita mempunyai satu cawangan di Selangor.
“Dengan pelbagai jenis buku bersesuaian untuk pelbagai golongan juga merupakan antara faktor membuatkan ramai pelanggan menjadikan SMO Bookstores sebagai pilihan,” katanya yang kini mempunyai lebih 300 pekerja.
Selain itu, SMO Bookstores turut mempunyai pendekatan tersendiri dalam menarik pelanggan dengan mengadakan promosi potongan harga pada setiap bulan.
“Sebagai tanda menghargai pelanggan setia, kita memberikan potongan sehingga 20 peratus setiap bulan kepada pemegang kad ahli sebagai menghargai sokongan mereka terhadap kami.
“Alhamdulillah, sehingga kini kita mempunyai lebih 120,000 ahli yang memegang kad SMO Bookstores. Kita yakin jumlahnya akan terus meningkat dengan pelbagai promosi yang diadakan,” katanya yang merupakan generasi ketika mewarisi perniagaan tersebut.
Tampil dengan wajah baharu
Dalam pada itu, seiring dengan arus kemodenan masa kini, SMO Bookstores turut tampil dengan wajah baharu terhadap rangkaian perniagaan dalam usaha untuk menjenamakan semula perusahaan milik keluarga tersebut.
“Pada akhir tahun lalu, kita mengambil langkah mengubah suai premis perniagaan dengan wajah lebih segar dan bar, ternyata ia mendapat sambutan positif daripada masyarakat terutama pelanggan setia.
“Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini agar masyarakat di sini menjadikan SMO Bookstores sebagai gedung ilmu pilihan untuk mendapatkan pelbagai jenis buku sama ada ilmiah atau bacaan santai keluarga masing-masing,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: