- Anggota UPB sedang memeriksa bom lama yang dipercayai digunakan pada Perang Dunia Kedua, semalam.
IPOH - Seorang pekerja yang sedang menjalankan kerja mengorek pasir di tebing Sungai Kinta, berhampiran Gunung Cheroh, di sini, tidak menyangka besi berbentuk roket yang ditemui dalam timbunan pasir di tempat kerjanya adalah sebutir bom lama.
Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 20, berkata, bom lama itu ditemui kira-kira jam 11 pagi ketika dia bersama beberapa rakan lain sedang menjalankan kerja di kawasan tersebut.
“Saya seperti biasa menjalankan tugas mengorek pasir. Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti jengkaut melanggar objek seakan-akan besi.
“Alangkah terkejutnya saya apabila objek yang disangka besi itu adalah sebutir bom lama,” katanya yang memberitahu sebutir bom lama pernah ditemui kawasan berhampiran pada Oktober tahun lalu.
Dia bertindak membuat laporan polis berhubung penemuan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan ada menerima laporan penemuan bom lama di kawasan pengumpulan pasir Gunung Cheroh daripada seorang kontraktor pasir.
Menurutnya, polis yang menerima laporan daripada lelaki berkenaan bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik pemeriksaan dijalankan polis mendapati ia merupakan bom lama dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua.
Beliau berkata bom lama yang sudah berkarat dan tiada fius itu adalah jenis Artillery Shell 105 mm yang mempunyai ketinggian 0.56 meter dan lebar 0.49 meter.
“Bom lama itu telah dimusnahkan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kira-kira jam 4.20 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Berikutan itu, Chang Keong meminta supaya orang awam yang menemui objek mirip bom lama diminta tidak mengambil tindakan sendiri dan menghubungi polis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: