Sebelum ini, David menerusi portal online memberitahu akan memanggil artis naungannya, Wawa bagi menyelesaikan masalah berhubung isu pengurusan bintang 99 Kali Rindu itu.
Jelas David, Wawa tidak boleh lari daripada MIG dengan begitu sahaja memandangkan kontraknya masih berbaki setahun lagi.
Menurut Aeril, Wawa telah menghantar surat kepada MIG sebagai makluman untuk menarik diri di bawah label MIG.
"Dua bulan lalu, Wawa telah menghantar surat untuk berhenti kerja, namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak MIG.
"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia masih memerlukan Wawa sedangkan banyak lagi artis residen lain yang perlu dijaga.
"Sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Kami hanya mahukan privasi dan Wawa tidak pernah lari seperti yang didakwa. Lagipun, tiada sebarang projek atau promosi filem yang melibatkan Wawa di bawah syarikat itu setakat ini," kata pemilik nama, Suhairil Sunari, 27, ini.
Urus kerjaya Wawa
Akui tawar hati dengan sikap pemilik syarikat gergasi itu, Aeril memberitahu bahawa Wawa kini menjadi tanggungjawabnya termasuk dalam kerjaya seni.
Menurut Aeril, dia kini mengambil peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan kerjaya seni Wawa.
"Wawa isteri saya, jadi biarlah saya yang tentukan kerjayanya. Lagipun, dia tidak perlu bekerja keras lagi kerana saya ada untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.
"Namun, Wawa akan bekerja dengan izin saya dan kini dia hanya terlibat dalam karya-karya di bawah terbitan syarikat saya bersama rakan kongsi, Expected Citizen Sdn Bhd.
"Namun, jika ada tawaran dari luar, Wawa akan meminta keizinan saya terlebih dahulu. Saya tiada masalah sekiranya ia sesuai dengan Wawa.
"Untuk bersama MIG, saya tiada masalah, namun Wawa sendiri yang tidak mahu lagi. Malah, dia tidak merasakan MIG sebagai majikannya lagi. Ia adalah keputusan Wawa sendiri," katanya yang kini terlibat dalam beberapa
penggambaran drama dan telefilem di RTM.
Selain itu, Aeril juga turut menghasilkan filem terbitan syarikatnya sendiri, 354 Nafas.
Turut berkongsi perkembangan puteranya, Ahmad Fakhruddin Attar, Aeril memberitahu anaknya kini mencecah usia lima bulan.
"Alhamdulillah, Attar semakin membesar. Banyak perkembangan baru Attar di saat ini, malah dia juga sudah mula meniarap," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: