- Endar (tengah) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menipu dengan menawarkan pelaburan perniagaan kepada lima individu membabitkan kerugian RM150,000 antara Oktober 2010 dan Januari 2013.
Tertuduh, Endar Halaman Siregar Jainal, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan melibatkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan denda, dibacakan jurubahasa di dalam dua mahkamah berasingan.
Endar merupakan warga Indonesia berstatus penduduk tetap didakwa memperdaya Mohd Fairus Jaafar, 26, untuk menyerahkan RM10,000 bagi tawaran pelaburan perniagaan jengkaut yang tidak wujud di Taman Bukit Rambai pada 31 Januari 2013.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Noor Adrieyanty Sapari, 31, yang menyerahkan RM25,000 atas tawaran pelaburan perniagaan kiosk kebab tidak wujud di hadapan bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh pada 28 Oktober 2010.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Endar turut didakwa lapan pertuduhan atas kesalahan sama membabitkan tawaran perniagaan jengkaut, cuci kereta, sewa kereta dan restoran kepada Mohd Fairus dan tiga individu lain.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa memperdayakan sehingga keempat-empat mangsa menyerahkan wang yang kesemuanya berjumlah RM115,000 antara Oktober 2010 dan 16 Julai 2012 di enam lokasi berbeza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: